Tiap-tiap tahun bila masuk tahun baru mulalah aku terfikir. Umur dah makin meningkat. Apa yang nak dibuat?
Kalau ikutkan apa yang ada selama ni memanglah jauh tak sempurna dibandingkan dengan kehidupan orang lain. Tak hidup macam orang lain yang normal pun. Masih lagi sibuk dengan anime dan manga, drama Jepun, games dan lain-lain.
Sekali sekala kawan-kawan datang dan perkenalkan aku kat member2 dia yang lain.. aku ni digambarkan sebagai seorang "true" makan PC tidur PC main PC.., dan itu bukanlah satu introduksi yang kosong. Sememangnya aku makan depan PC, tidur depan PC dan segala-galanya aktiviti yang aku buat setiap hari melibatkan PC.
Adakah aku bahagia hidup camni? Dari satu sudut memanglah best sangat. Apa yang aku nak dan aku suka ada depan aku. Online 24 jam, berita, hiburan, sosial (?) semuanya ada tersedia. Malah kalau boring dengan cerita atau games yang ada aku boleh download iso linux dan bermain dengan installation dalam virtualbox.
Sememangnya dunia virtual bukan dunia realiti. Tapi inilah realitinya bagi aku.
