Aku dah lama bercadang nak menulis kisah perjalanan aku ke Boracay Filipina pada bulan Julai tahun sudah (2012). Tapi malas sangat nak menulis.
Hari ni aku tiba-tiba terpanggil pula nak menulis sesuatu, walaupun sedikit.
Okeh, akan datang aku tulis lebih panjang lebar, buat masa ini hanya beberapa tips untuk sahabat atau saudara mara yang ingin ke Filipina:
1. Pakai stokin yang elok dan pastikan kaki anda tidak berbau semasa ingin "boarding" terminal kapal terbang di Filipina (untuk kembali ke Malaysia atau destinasi lain dalam Filipina.
2. Simpan baik-baik "embarkation card" anda. Jangan hilangkan atau beri pada sesiapa. Masalah timbul masa nak berlepas keluar dari Filipina kalau kad ni tak ada.
Alasannya?
1.
Jadi beringatlah, seeloknya pakai la stokin yang bersih dan jangan malas sangat sampai stokin tu comot. Nak selamat pakai la stokin yang berwarna gelap. Kalau rasa kaki tu busuk (sebab banyak berjalan) sampai kat airport basuh dulu la kat tandas ye, kalau ada spray kasi spray wangi sikit.
Bukan apa, supaya kita tak segan kat airport. Tambah-tambah lagi depan orang ramai yang beratur. Aku sendiri dah tau awal so tak la risau sangat, tapi kepada yang pertama kali menjejak ke Filipina ni perkara yang harus diambil perhatian.
2. Isu "embarkation card" memang sama dalam kebanyakan negara. Memang kena simpan dan beri balik masa nak keluar dari imigresen. jadi apa bezanya dengan Filipina?
Perkara ni terjadi pada aku sendiri di Airport Clark (Diosdado Macapagal International Airport). Pegawai yang menunggu di luar imigresen akan mencuba pau anda dengan bermacam alasan yang sesuai dengan keadaan, contohnya tanya berapa banyak bawak duit asing dsbg. Mungkin tak terjadi kalau dalam keadaan sibuk tetapi awas kalau anda kumpulan yang terakhir keluar atau keadaan lebih relak.
Dalam kes aku dan kawan-kawan, embarkation card kami "diambil" oleh beberapa pegawai yang menunggu di pintu terakhir (arrival) sebelum keluar airport. Aku tak ingat alasan yang mereka bagi tapi di tangan mereka memang ada banyak kad dari pelancong lain yang sama dengan penerbangan kami. Jadi aku ingatkan perkara tu normal kat Filipina.
Masa nak berlepas penerbangan kami dari Clark ke Kuala Lumpur, Apis Shell dan Apis Dread sama-sama sangkut kat imigresen sebab embarkation card diaorang tak ada. Yang lawaknya aku lepas pulak..? Diaorang kena isi balik, Saspen betul aku tunggu dalam kapal terbang. Lagi 5 minit nak flight baru masalah tu selesai.
Hai.. musykil juga aku dengan isu ni.

